31 December 2010

kami di Port Dickson

salam guys~~

cerita yang berminggu-minggu tangguh.. sekarang baru nak cerita.. hari tu terima call dari abang aku, dia ajak p p.d,, bukan untuk bercuti tapi die ade kursus dekat sana. 3 hari jew. kursus untuk jadi penemuduga calon2 lepasan KPLI yang nak jadi cikgu..

kiteorang menginap di Selesa Beach Resort.. tak de pergi jalan-jalan pun, just teman anak sedara aku mandi kolam and main game jew.. then cukup 3 hari terus balik kuantan.. bosan kan cerita aku nih.. tunggu next vacation..








28 December 2010

kalau la....

kalau la saya

mati

agak-agak ada orang nangis tak??

especially you

tell me!

27 December 2010

saya teruja!!

salam guys~~

almost 2 months tak update blog sebab tak de mood tengok blog yang entah ape2. since dari situ dah nekad nak edit blog ni.. mcm blogger2 yang lain.. jeles i nyah! blog dioerang cantik jew.. tapi blog aku.. hampeh! gila lame aku ambik mase edit blog kan??

so ini lah hasilnya.. penat menge"search",penat meng"google", penat duk tengok tuto blogger lain.. penat mencarut-carut bila apa yang buat tak memuaskan hati.. cantik tak?? sila kata "yes" ok macam dalam iklan tu, baru ade semangat nak update blog..


old header


new header
masih letak muka pak cik nih!

see you on the next entry. banyak benda nak cerita nih!


05 November 2010

sakit bontot sebab mara!

salam guys~~

semalam punya cerita.. tapi buntot masih sakit, semuanya sebab mara punya pasal.. saya kan anak mara.. dari diploma sampai degree.. masih anak mara.. cuma yang bezakan diploma saya ditanggung mara tapi degree pinjaman.. banyak cekadak muka kau semua nak free kan??

macam biasalah sem 1 banyak benda nak kene settle, tranfer credit la pela tapi semalam saya beronggeng dengan abang mat motor yang kacak muka ala-ala hans isacc tu,, wuek! perasan lebih.. beronggeng bersama abangku untuk settlekan loan mara..

dengan helmet ala-ala rider motor GP tu, habis keronyok tudungku, nak bernafas pun susah, yang nampak hanya mata 2 ulas jew.. pastu pakai sweater, tak pakai alamatnya terbang segala benda. hahaha.. dari bukit bintang gerak ke jalan TAR untuk pesuruh jaya sumpah.. dari jalan TAR gerak ke LHDN(lembaga hasil dalam negeri) jalan duta untuk mati setem kemudian dari duta gerak ke gombak. dari kelajuan 10 meningkat ke 30,40,50,and kemudian 100.. ibarat highway tuh kami yang punya..

bila dekat traffic light, semua mat-mat motor jeling-jeling,pandang-pandang, pehal tengok-tengok?? wuekkk...riak pulak disitu, kasi lempang sampai terbur gigi baru tau.. bila atas motor, mengucap entah berapa banyak pun tak tahu, manakan tidak, jantung tertinggal dekat belakang, tapi jasad bermeter-meter dah dekat depan. lori,bas,kereta, motor semua lintas, ibarat mereka tu bawak 10km sejam jew...

dan kesannya masih ada sampai sekarang.. sakit buntot lagi! sebab seat tu keras, motor je mahal tapi seat tak best! tapi untuk hilangkan tensyen mungkin best kot.. korang nak naik tak?? agagagaga~~


ni gambar dulu-dulu
bersama motor itu..

04 November 2010

semuanya bermula dari situ.... :(

hari ni 4 november 2010 genap 2 tahun pemergian bonda mamu, kenangan tu sedih dan kenangan tu jugak yang membuatkan aku mengenali siapa Muhammad hilmi..

saya tahu awak sedih hari ni sayang
tapi awak kene kuat ok!
banyakkan berdoa
and jangan lupa pergi kubur ok!

tapi macam awak kata, dari situlah awak kehilangan seseorang dan dari situ jugaklah Allah kasi seseorang yang lain bukan sebagai pengganti tapi untuk berkongsi apa awak rasa, dan orang itu adalah saya. yela, kita kan serupa, tapi saya lebih awal merasai apa yang awak rasai tu, no word can describe kan?? tapi kita tak mampu nak halang, pasrah,redha and berdoa.

since peristiwa tu, saya sentiasa teman awak even tak selalu pun.. and awak sendiri pun tak sangka yang saya ni sudi nak berkawan dengan awak kan?? tapi bila awak dah tahu kenapa, awak dah paham kenapa saya selalu support awak. kiat ni banyak persamaan.. and no wonder saya boleh fall in love dengan awak.

lastly, nanti ada masa bawak saya pergi kubur mak ok! saya pun nak bawak awak pergi kubur mak jugak tapi tak berkesempatan. jaga ayah elok-elok, and sayang kena,wajib,perlu ingat yang saya always ada untuk awak.

03 November 2010

terasa mahu kahwin sekrang jugak!

19 HADITH MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

~saya suka point no.2~

the history kid

salam guys~~~

nak dijadikan cerita, seramai-ramai 11 orang anak buah aku,, ada la salah sorang dari budak-budak nih minat sangat dekat sejarah.. aku pun tak tau apa pasal.. nak kata mak bapak dia cikgu sejarah tak pulak.. mak cikgu english.. bila tengah-tengah borak ada je tanya pasal sejarah.. dah la bengap,, confirm tak boleh jawab.. and budak nih suka sangat and teringin sangat nak pergi muzium. segala bagai muzium yang ada dekat malaysia ni kalau boleh dia nak pergi.. muzium tokoh la, muzium sg.lembing la..

and minggu lepas after majlis konvo aku tu, before abang aku hantar balik hostel dekat bangsar, kami singgah dekat muzium negara. kesian plak budak nih, tapi kami suprise, tak bagi tau pun dia nak pergi, nanti if bagi tau sekali datang tutup muzium tu,, tak ke mampus nak ngadap muncung itik budak tu?? so suprise!! memang dia sangat sangat teruja ok.. aku?? alahai.. bosannya.. layankan jela wehh


national museum


my sis and budak yg suka
sangat pasal sejarah tu.
nor azlin hazrin.


sempat lagi isi ubat ulser


took by anis hazrin


besarnye baby ni kan


ni dekat hostel

lepas dioerang hantar aku balik hostel,berlaku la banjir besar dalam bilik,, nak buat macam mana, air tu tak tahu mana puncanya, nak disekat tak mampu, so redah jelah.. T___T

02 November 2010

3 hari itu

3 hari itu sangat bermakna bagi aku, rasa nak stop masa kejap, rasa nak ulang balik apa yang aku buat 3 hari tu, for you bermakna tak??

3 hari kita sebumbung
3 hari kita always each other
3 hari kita 24 jam bersama
3 hari kita makan sama-sama
3 hari kita gelak sama-sama
3 hari kita berkumpul macam 1 family
3 hari itu..

sebelum kenal awak saya tak pernah rasa happy macam 3 hari tu, happy sangat-sangat sebab awak selalu ada dengan saya and paling best kita celebrate hari kita dapat diploma tu sama-sama.
sorry to said if saya ni nampak kejam, kadnag-kadang saya fikir saya suka bila abah awak tak dapat datang, sebab confirm awak akan tidur rumah abang saya for convocation tu, saya happy bila abang sendiri ajak awak tidur rumah dia, yela buat ape nak membazir kan? saya faham awak berdebar tapi ni je masa untuk awak kenal a whole family saya, ye,, semua family saya ada masa 3 hari tu and awak pun ada, dah rasa macam we re husband and wife !

saya tolong cedokkan nasi untuk awak
yang sangat kuat makan nih even dekat rumah abang saya
almost 3 kali tambah

layan makan minum awak
even time tuh dah lewat malam bila saya tanya
awak jawab nak makan nasi
sebab dinner awak just makan satay!
lapar kan??

kejut awak bangun even awak sangat liat ok!
macam tak sedar plak dekat rumah orang!

suruh awak pergi mandi
err.. ini pun saya kene buat jugak ker?

ironkan baju, seluar, coat, tie and jubah awak
tu tak termasuk baju saya, tudung, baju ayah, baju acik!
penat tau! tapi best sebab awak teman sepanjang waktu tu

layan awak berborak sepanjang waktu
kenapa dekat rumah abang awak banyak cakap ek??
penat saya layan tapi saya suka!

tengok awak dikelilingi anak buah saya yang 11 orang tu
regret! sebab tak snap pic :(
tapi awak layankan jer,,
sebab hobby awak dengan dieorang sama
game!

i love when acik say to my nephews
"jangan main dalam bilik tuh, ayah cu nak tidur"
ayah cu?? i like!

awak yang buatkan assignment saya
sebab nak submit on monday tuh
saya kan bengap bab-bab english nih
u re my teacher dear!

walaupun family awak tak dapat datang
tapi awak masih ada family untuk awak bergambar
and awak masih ada yang nak bagi awak bunga
and mereka adalah anak buah saya yang setia
menunggu kita lepas majlis konvo tu!
my family is ur family!

bila tiba hari ahad, saya dah rasa sayu sangat sebab saya tahu kejap lagi semua tu akan berakhir, dalam hati tuhan je tahu tapi saya tetap tersenyum depan awak. tak nak nangis-nangis depan awak. and for the last time saya tengok muka awak bila saya and family hantar awk dekat LCCT, flight awak pukul 4 pm! maaf sebab tak dapat teman awak, kami pun rush sebab nak bawak kak long pergi muzium. and maaf sebab buat kesilapan besar masa hantar awak tuh! jangan simpan dalam hati yer..for the last, saya akan rindu 3 hari tuh, entah bila dapat together lagi, mybe time konvo degree saya kot! mybe next month or next year kita jumpa lagi ok! always miss u mamu!


budak nih suka sangat main dengan awak!

3 hari itu....

c0nv0cation (part 2)

salam guys~~

lambat lak update for convocation part 2 nih! sory ler korang weyh! busy sikit.. malas nak type panjang-panjang.. janji korang tahu yang aku sekarang dah ada segulung diploma.. walaweh! baru diploma dah kecoh kan?? tapi yang sedihnya maybe for degree nanti pun konvo dekat picc jugak.. tak pelah. janji tempat cantik and orang-orang yang aku sayang ada.. syukran!

majlis ni start around 9 o'clock tapi kami wajib datang around 7.30.. gila awal kan?? and semua berakhir pukul 1 p.m macam tu kot.. so jom layan pic.. biarkan gambar menceritakan detik-detik kegembiraan ni.. auwwwwwwwwww!



me, him and beloved family


with my both special someone


like!


thanks for coming!


1st time tengok mamu pakai smart2 nih!
but only one pic :(


we are pinky on that day!

p/s : wifi too slow,, sebab tu lambat update
T__T

27 October 2010

c0nv0cation (part 1)

salam guys~

EVENT : REHEARSAL CONVOCATION MARA PROFESSIONAL COLLEGE
VENUE : PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE
DATE : 22 OCT 2010



it was the day that have been waited from all ex students kpm. sumpah conting day beb! sumpah tak sabar nak jumpa kawan-kawan lama. senang cakap memang SUMPAH tak sabar. bila hari tu tiba, rasa teruja sangat. sape tak suka konvo?? habaq mai..

pagi-pagi buta dah keluar dari hostel, jemput mamu and pergi office abang dekat bukit bintang, sebab dia yang akan hantar aku nih. sape lagi nak hantar.. nak naik teksi ke putrajaya memang boleh pokai la kot kan.. ambil jubah and register semua pukul 11 am. before 11 dah terpacak dekat dewan picc tu..

muka pertama yang aku cari confirm2 la besties aku si saranjit,pipi labuh and meow cit cit. peluk-peluk, kissing mulut 2 minit. ops! tipu jer.. rindu beb.. lepas ambik jubah, mamu ajak p makan, tapi tak jumpa plak cafe.. last2 terpaksa berpisah dengan mamu untuk seketika.. mamu pergi makan dengan kawan dia.. and aku pergi makan dengan kawan aku dekat alamanda..

majlis raptai start pukul 2.30.. lepas bosan dengar orang tu membebel, pukul 6 lebih baru settle semua.. is time to go back..

tak sabar nak pakai cantik-cantik esok
TAK SABAR!


cimi

mamu!

budak nih dah gilak!

besties

jan meow-meow




p/s : mamu mesti berdebar-debar.
yela nak duduk satu bumbung dengan whole family aku!

17 October 2010

oit!! ko kenapa weh??

Bunyi kompang bertalu-talu... riuh rendah mula kedengaran. Ya Allah,,, berdebarnya... sila berikan saya ketenangan dan kekuatan... semuanya bermula dari sini...." Aku nikahkan dikau Muhammad hilmi Bin Zainuddin dengan Rohayati Binti Zakaria dengan mas kahwinnya rm80 ringgit tunai" "Aku terima nikahnya Rohayati Binti Zakaria dengan maskahwinnya rm80 ringgit tunai" "sah!" Amin... dengan sekali lafaz aku kini sah sebagai isteri dia.. thats our dreams kan sayang??

kami bersanding,, bunga ditabur,, menangkap gambar kenangan dengan memakai baju bertemakan putih dan pelamin dengan tema yang sama.. oh bahagianya! macam dunia aku yang punya.. setelah selesai semua,, dan tetamu pun beransur pulang,, tiba masa untuk kami kumpul sekeluarga.. dan fokusnya mestilah dekat kami,, macam-macam usikan yang kami kene... bila semuanya dah penat,, kami pun mula memasuki kamar... ini saat yang ditunggu oleh setiap pengantin... "sayang cantik malam ni.." dan akhirnya............ STOP!!!!!!!

•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸is all about you.. is all about you baby..♪♫•* "hello,, sayang tak bangun lagi kew,, dah pukul berape nih!" "ha,, nak bangun la ni.. " and telefon dimatikan.. cis! mimpi je.. ingat dah betula tadi... kurang asam betul.. nasib mamu call,, kalau tak ape la yang jadi tadi.. :P

ni mesti gara-gara semalam duduk sorang-sorang kat bilik... 2 orang roomate balik,, sorang keluar dating,, aku je duk terperuk dekat bilik sorang-sorang.bosan betul!! mamu plak keluar ikut abah dia,, just mesej jew.. nasib ada laptop ni,,, and entah kenapa tetiba aku ni tertaip dekat google "blog pengantin".. and keluarla macam-macam blog..

satu persatu blog aku tengok.. baju pengantin,, pelamin, make up,, pakej yang dioerang sediakan.. aku punya tengok tu sebijik macam bulan depan nak kahwin... teruja teramat.. dari 1 blog aku tengok blog lain plak.. dari petang sampai ke malam.. itu je kerja aku.. esh,, entah kenapa lah,,bulan madu la,, pe la.. mamu pun dah naik pelik dengan aku.. tapi dilayan kan jew.. bila ditinjau blog-blog tu,, aku dah jatuh hati dekat tema warna putih,, cantiknya........ sumpah nak macam tu time kahwin nanti.. "3 tahun lagi ade la T__T" dah la aku ni gelap.. tak kan nak pakai yang gelap-gelap kan??


cantik kan :(
saya curi dari blog tu..

ni pun..
oh! saya dah teruja


saya dah jatuh hati dekat pelamin ni

ini

dan ini..
tapi... mampukah saya??
saya bukan anak datuk..

hahahahah!! kalau korang cakap tak cantik tak tahu lah.. esh! udah udah la tu weh,, jangan nak berangan,, ko baru sem 1 dah berangan nak kahwin kan?? blah la! jasa mak ayah pun tak balas lagi.. esh.. korang pun mesti ada impian kan??? weeeeeeeeeee.... :)

p/s: pasal mimpi tu aku tipu jew..
berangan nak mimpi macam tu..
bila entah dapat..
lariiiiiiii!!!!


tapi malam tadi sya tidak bermimpi tapi mengalami kejadian ngeri,, takutnya sampai membuatkan badan saya sejuk dan tangan saya ketar.. plz... i dont want it happen again.. :(

14 October 2010

penang mai



salam guys

biarpun cerita ni dah lame lepas tapi teringin gak nak cerita
biarpun raya dh lepas tapi aku masih duk cerita masa puasa
loklaq la hang ni weh..

dah puas mamu datang k.l,so my turn pergi penang..happy,takut semua ada..lepas dapat permition dari ayahanda tersayang,terus book tiket. dari hentian duta aku sorang-sorang. sakit hati pun ada sebab bas delay..dah rasa tak nak pergi pun ada jugak..yelah.. tunggu lama sangat tapi mamu punya pasal sabar jela weh.. sampai penang around 4 petang and mamu dah ada pun setia menunggu.. mamu dah cakap awal-awal terpaksa naik motor sebab abah dia guna kereta .no hal lah! i dulu pun before ada kereta merempit gak..

sepanjang perjalanan mamu cakap hari ni tak bukak puasa dekat rumah. bila tanya bukak dekat mana dia tak jawab. before balik rumah singgah dulu usm mahu ketemu ateh.. rindu mahu ketemu. puas bergosip sana sini. its time to go back..ketaq lutut cheq weh.. sumpah!

bila sampai tu abah dia tengah mandi. aku just p salam dengan adik dia and cepat-cepat p iron baju sebab nak keluar kejap lagi. then solat terus siap-siap.. nak keluar tu baru jumpa abah dia.. Ya Allah sumpah aku takut.. yela bapak dia ni pemalu sangat. cakap pun tak banyak.. lepas salam terus keluar.. otak masih tertanya-tanya dekat mana nak bukak puasa hari ni.. petang tu kawan-kawan dia pun ada, Ome, Syer and Farah.. dioerang ni macam abang tapi sebenarnya kami semua sebaya.

dah puas naik kereta still tanya mamu dekat mana nak bukak puasa ni.. at the end sampai la kami dekat satu hotel ni.. Paradise and Sandy Beach Resort.. yes dear i'm so happy.. tapi geram pun ada.. kenapa la tak cakap awal-awal nak makan dekat hotel. dengan jeans,t-shirt, kasut crocs.. esh! tak professional langsung.. then dia cakap,, nama pun suprise.. so masuk jela dengan muka selumber..


thanks to mr google..







syer,ome,farah and me














lepas dah puas bedal makanan dekat situ,, kami jalan-jalan dekat pantai.. kebetulan hotel tu berdekatan dengan pantai.. sila la layan gambar lagi k..
















then kami merayap ke batu feringghi.. pergi night market.. then pulang ke pangkal jalan.. esok tu mamu just bawak pergi queensbay, main ice hockey and daytona,, it's out fav game and fav aktivity bile hang out same.. and sudah semestinya saya yang kalah..kakakakaka.. and that day hari pertama aku bukak puasa dekat rumah dia.. segan tapi dah lapar.. bantai jela kari kepala ikan sekor.. abah dia pun pelik aku makan kepala ikan tu sedangkan anak dia pun tak gemar sangat.. yela masakan orang kampung.. tak payah la nak pelik sebab aku ni datang dari kampung.. kayu dengan batu je tolak..








malam tu mamu bawak pergi main bowling dengan kawan-kawan dia.. 4 orang laki dengan sorang gurl.. korang mesti boleh agak aku ni place ke berapa kan?? dieorang ni dah la hebat-hebat.. lepas bowling kami bantai plak tengok movie "the expendable" tapi aku dengan mamu jew.. wow! best gile cerita ni.. boleh tercekik tulang bila tengok..


and the last day.. tiket ke k.l pukul 12.30pm.. lepas salam-salam dengan abah dia.. say thank u bagai,, mamu pun hantar ke terminal.. tolong.. saya tak nak nangis.. lepas salam dengan mamu.. sumpah dah tak boleh tahan,, and as usual.. nangis jugak.. sory sayang.. dah tak boleh tahan nak buat macam mana..nanti jemput datang lagi k..

anyway thanks for the 3 days k..
i'm so happy..
i will miss penang badly..
penang best!