06 March 2012

Port Dickson : Wedding Aliya *gambar bersepah! PART 2

 salam readers~~

continue with part 2 ! esok tuh kenduri ofkos la tengahari kn, so pagi tuh bangun pagi yang tak berapa pagi tanpa mandi terus keluar jalan kaki pergi laut depan hotel. takde la laut sangat, tak cecah air pun sebab batu je banyak!
bukan bermaksud nak bersenam, mandi pantai or whatever tapi nak bersnap-snap picture ! tergedik-gedik tepi jalan,dah tak kisah kereta lalu-lalang, lantak kau la! pasni tak jumpe dah kan? kan? so hasilnye mari lihat setelah ditapis beberapa kali ! hahahahaha 











sudah lihat hasil kegedikan kami kan? hahahaha.. after snap sampai lebam tuh, terus balik hotel, mandi-mandi siap-siap terus check out hotel and pergi kenduri aliyah! time tuh pengantin tengah siap lagi, so kami ambik berkat duduk-duduk atas pelamin berangan sesorang!

sempat lagi snap dekat traffic light !
anak dara pingitan yang tak berapa nak dara
eh! dara lahhh.. mulut choiiii!

pipi nak same dengan cimi kan? kan?
penuh emosi kan??
hakktuihhhh!
serombong nak besaq je kan roha?
cover tak boleh?
pengantin baru.lalalalala~~
wafi and aliyah
*kami cakap muke pengantin macam muka b cimi!

lepas dah settle bab majlis tuh, terus gerak balik melaka, eh ! tak tak, singgah teluk kemang dulu, gile hot time nih! matahari tengah terpacak atas kepala, tapi aku pelik ramai yang mandi time nih. pe yang dieorang rasa pun tak tau, kalau orang putih boleh la terima kan??

rasa terliuq ayaq kelapa, terus tibai kelapa sebiji dengan sara. bajet sopan ala santun jalan tepi pantai pakai baju kurung bawak payung, orang nak pandang dah tak kisah, kau ade? tak de kan? dah takde, duduk diam-diam !




lokasi camera : atas bumbung kereta tepi jalan, kalau jatuh padan muke kau!

hah! ni baru betul-betul gerak balik melaka tanpa toleh-toleh lagi. bye-bye Port Dickson, entah bile datang lagi. bye2 tak bermaksud end of entry,cerita tak habis lagi ! hahahaha.. sampai melaka, singgah Jusco kot, actually dah lupa name la. then terjumpa cik Tyka Goh, padahal memang nak jumpa pun ! tapi dah terjumpa dalam tandas. eh ! hai tyka. long time no seeee.. makin berisi you.. :P

tyka tengah kerja time nih!
ganggu jew..

then pergi makan tutti fruti! gila batak sebab aku tak pernah makan. gile kesian. dieorang cakap jangannnnn makan sebab nanti ketagih ! tapi tapi tapi mujur aku tak ketagih, Alhamdulillah makanan mahal tuh not my taste. well! tekak masing-masing kan. tak habis makan, pass dekat sara.



habis makan balik rumah mak cik sara, mandi then dengan niat dah tak larat sangat nak keluar, penatnye masyaAllah, sangat ok! tapi bukan senang dapat together ni, so keluar la jugak, pergi jonker walk, jalan-jalan sampai gastrik ! lapar tahap gaban, nak makan pun dah tak lalu, sebab dah banyak makan angin ! dah settle bab makan buat pe lagi ek?? pergi funfair ! time tuh dah pukul 12 lebih kot. takut pun ade jugak.. sebab kami 3 orang je pempuan !

and and and sara dah suruh aku buat kerja gilew nak mati ! sumpah anak tekak satu inci lagi nak keluar dari kerongkong nih!


benda first aku and sara main!

second! dari bawah tengok macam rilex takde hape hape
bile naik hambik kau! mula la duk menghitung bile benda alah ni nak stop
ke dah rosak? mampus la.
and sangat memeningkan! take a few time untuk stabilkan balik otak nih!
2 benda gile ni je sempat naik, pastu terus balik
sebab funfair ni dah tutup!

balik rumah terus tidur, bile check camera, 1472 keping gambar. terbaik la kan? berbaloi la ko beli kan roha? hahahahaha.. esok tuh pagi-pagi dah gerak balik k.l ! end of vacation... jumpe lagi tuh harapan yang wajib ada bile dh berpisah and hope jannah pun ada ! hoping so ! bye

29 February 2012

Port Dickson : Wedding Aliya *gambar bersepah! PART 1

 salam readers~~

excited nih nak cerita pasal vacation+wedding aliya. hari tu cimicomot mesej ajak p wedding kawan die, liya dekat port dickson. *padahal baru seminggu lepas pergi bercuti dekat PD.aku ni kire tetamu tak diundang la ni. tapi nak teman die punya pasal, on je la. kiteorang gerak pagi jumaat, sama erti dengan aku ponteng kelas untuk hari tu. ala,sekali jew.. hehehe

kiteorang tak pergi PD terus, pergi melaka dulu sebab nak ambik puteri santubong dulu. grrr! bajet tuan puteri nak kene berjemput bagai.hahaha. tapi tapi tapiiiii bagus jugak sebab akhirnya dapat jugak jejakkan kaki ke rumah minah nih! kawan dah lebih 4 tahun tapi rumah die je tak pernah pergi ! memang tak patut kan. sampai melaka, terus gerak pergi PD, sampai pun dah nak zohor, terus singgah rumah kawan cimi nih, liya! malu la jugak sebab tak kenal, tapi die pun sporting, so senang jela nak masuk.. 

lepas lunch rumah liya, terus gerak p hotel.dulu time pergi dengan abang,fully support, boleh la duduk hotel riban-riban,ni budget student, paham-paham jela, duduk hotel biase-biase jew. Seafront Hotel sebab berhadapan dengan laut. tapi bilik kiteorang tak nampak laut pun =_= " . baring-baring hilangkan lelah, terus siap-siap nak kuar, nak cari cendol pulut. seriusly terliur..!

 seriusly sedappppp..

after makan tuh, terus cari-cari port nak lepak. kiteorang round-round area waterfront. then akhirnya jumpe port yang boleh lepak plus snap gambar walaupun time tuh sangat laaaa panas. nasib bawak payung kau !






 








ambik masa berejam la jugak kat sini, sebab view die sangat cantik ! kan? kan? dah settle semua, terus balik hotel, sebab malam tu nak p rumah liya, ade majlis akad nikah. time nak mandi terperasan something! oo mai God ! tangan ade bekas jam,, padan muka! sape suruh berjemur lama-lama, bajet orang putih la kan ! puihhhh..

majlis tu start lepas Isyak, so kiteorang gerak lepas Isyak.. nak bersiap mengalahkan pengantin !

 creatif!
handmade je punnn

kamiiiii!
ini la liya!
yang muka macam cina tuh, bukan yang pipi tembam tuh!
hantaran
time nih dah settle semua benda
Alhamdulillah!
aku n sara cakap, muke suami liya macam b cimi ! auw !
dah halal bolehla kiss kiss
dont shy2 ok !
comel sangattttt

fuhhhhhhh!

haaa! kan dah cakap gambar bersepah ! ni baru part 1. part 2 tak masuk lagi.. mak aih! nak pilih gambar saja dah berejam-rejam, vacation 2 hari dah 1426 picture. belum lagi seminggu !

see you next entry ! byeee