14 October 2010

penang mai



salam guys

biarpun cerita ni dah lame lepas tapi teringin gak nak cerita
biarpun raya dh lepas tapi aku masih duk cerita masa puasa
loklaq la hang ni weh..

dah puas mamu datang k.l,so my turn pergi penang..happy,takut semua ada..lepas dapat permition dari ayahanda tersayang,terus book tiket. dari hentian duta aku sorang-sorang. sakit hati pun ada sebab bas delay..dah rasa tak nak pergi pun ada jugak..yelah.. tunggu lama sangat tapi mamu punya pasal sabar jela weh.. sampai penang around 4 petang and mamu dah ada pun setia menunggu.. mamu dah cakap awal-awal terpaksa naik motor sebab abah dia guna kereta .no hal lah! i dulu pun before ada kereta merempit gak..

sepanjang perjalanan mamu cakap hari ni tak bukak puasa dekat rumah. bila tanya bukak dekat mana dia tak jawab. before balik rumah singgah dulu usm mahu ketemu ateh.. rindu mahu ketemu. puas bergosip sana sini. its time to go back..ketaq lutut cheq weh.. sumpah!

bila sampai tu abah dia tengah mandi. aku just p salam dengan adik dia and cepat-cepat p iron baju sebab nak keluar kejap lagi. then solat terus siap-siap.. nak keluar tu baru jumpa abah dia.. Ya Allah sumpah aku takut.. yela bapak dia ni pemalu sangat. cakap pun tak banyak.. lepas salam terus keluar.. otak masih tertanya-tanya dekat mana nak bukak puasa hari ni.. petang tu kawan-kawan dia pun ada, Ome, Syer and Farah.. dioerang ni macam abang tapi sebenarnya kami semua sebaya.

dah puas naik kereta still tanya mamu dekat mana nak bukak puasa ni.. at the end sampai la kami dekat satu hotel ni.. Paradise and Sandy Beach Resort.. yes dear i'm so happy.. tapi geram pun ada.. kenapa la tak cakap awal-awal nak makan dekat hotel. dengan jeans,t-shirt, kasut crocs.. esh! tak professional langsung.. then dia cakap,, nama pun suprise.. so masuk jela dengan muka selumber..


thanks to mr google..







syer,ome,farah and me














lepas dah puas bedal makanan dekat situ,, kami jalan-jalan dekat pantai.. kebetulan hotel tu berdekatan dengan pantai.. sila la layan gambar lagi k..
















then kami merayap ke batu feringghi.. pergi night market.. then pulang ke pangkal jalan.. esok tu mamu just bawak pergi queensbay, main ice hockey and daytona,, it's out fav game and fav aktivity bile hang out same.. and sudah semestinya saya yang kalah..kakakakaka.. and that day hari pertama aku bukak puasa dekat rumah dia.. segan tapi dah lapar.. bantai jela kari kepala ikan sekor.. abah dia pun pelik aku makan kepala ikan tu sedangkan anak dia pun tak gemar sangat.. yela masakan orang kampung.. tak payah la nak pelik sebab aku ni datang dari kampung.. kayu dengan batu je tolak..








malam tu mamu bawak pergi main bowling dengan kawan-kawan dia.. 4 orang laki dengan sorang gurl.. korang mesti boleh agak aku ni place ke berapa kan?? dieorang ni dah la hebat-hebat.. lepas bowling kami bantai plak tengok movie "the expendable" tapi aku dengan mamu jew.. wow! best gile cerita ni.. boleh tercekik tulang bila tengok..


and the last day.. tiket ke k.l pukul 12.30pm.. lepas salam-salam dengan abah dia.. say thank u bagai,, mamu pun hantar ke terminal.. tolong.. saya tak nak nangis.. lepas salam dengan mamu.. sumpah dah tak boleh tahan,, and as usual.. nangis jugak.. sory sayang.. dah tak boleh tahan nak buat macam mana..nanti jemput datang lagi k..

anyway thanks for the 3 days k..
i'm so happy..
i will miss penang badly..
penang best!

13 October 2010

kisah upin dan ipin! "mamu dan mami lah!"

tetiba rase rindu nak tulis entry ni
nak ingat balik cerita-cerita tentang kami
ini kisah kami berdua dan bukan kisah siapa-siapa
kisah kami mamu dan mami
bukan kisah upin dan ipin yer

PART 1

hari tu dengan segala bahagianya.*err,,ade ke ayat ni??* mamu turun k.l for the 1st time. since aku belajar dekat unikl. happynyer.. yela.. bosan kater duduk k.l..1st day tu sampai pun dh petang so just sibuk cari hotel untuk mamu tidur *nanti merempat plak pakwe aku nih*

lepas settle semua mamu hantar aku balik hostel. dan dia balik hotel die..and esok pagi seawal jam 7.30 pagi. aku dah keluar dari hostel jumpa mamu. gerak ke k.l sentral untuk breakfast dekat mcd. sementara tunggu mall bukak pukul 10 am

lepas tu bermulalah aktiviti kami. kami gerak ke time square and si mamu ni ajak main cosmo world. layan je lah.. agak lame kami berada dalam tu. lepas puas main kami mencari isi untuk perut pula..and then berjalan-jalan di sekitar jalan TAR dan klcc. dan bergerak pulang..

















the best thing i got from him..
this flower

rasa mahu dia bagi macam dalam cerita
"lagenda budak setan" tu..
so sweet
tapi macam segan la plak kan

PART 2

minggu tu tetiba rasa nak balik kuantan..kelas plak sampai malam, nak balik macam tak berani kalau nak balik hari sabtu macam tak berbaloi je kan. and budak ni dengan rela hati nak teman aku balik kuantan.. aku pun ambik la tiket jumaat malam tu after kelas.. sampai kuantan around 1 pagi.. dia terus check in hotel and aku terus balik rumah..aku just cakap dekat ayah, dia tidur rumah kazen dia..sebab tak nak ayah ajak tidur rumah..bila datang je tidur rumah..tak manis kan??bohong sunat namanye tu :P

esok tu jalan-jalan dekat bandar..aku pun dah tak ingat apa kami buat..yang pasti kakak aku call ajak datang picnic dekat telok cempedak.. kebetulan ngah aku ade balik..kami main layang-layang makan kfc..tengok nephew n niece mandi pantai..wau.. macam dah 1 family kan??i' so happy k dear..thanks for the day....


frog's kite



ur face!



ingat senang ke nak handle kite ni??



PART 3

kisah di bulan puasa..this year is the 1st year kami menyambut puasa bersama..and sudah pasti kami akan shopping bersama..beli baju,beli tudung,beli beg,cari kasut.,semua nak yang baru..beli baju gold sebab nanti raya nak matching walaupun kami jauh sorang dekat utara sorang dekat selatan tapi still nak sama..

dapat makan kenny rogers..ini semua sebab dia..kalau bukan sebab dia..aku tak kan dapat rasa semua tu..and sangat happy bila dapat belikan baju Romp tu dekat dia..even mahal sikit tapi rasa berbaloi sebab he love it so much..tapi perut je boroi kan sayang?? and thanks to all u have done to me..sangat-sangat happy k sayang..and thanks again sebab tolong picitkan kaki. biasa la gugurl bile shopping..

























PART 4

the latest one..our meeting setelah sebulan tak jumpa..gila rindu weh..bila lama tak jumpa. kami just decide untuk borak-borak jew. cuma one day tu kami tengok wayang dekat mid valley. sampai 2 movie kami bahan. magika and piranha..gila best cerita piranha tu..sebab dah selalu pergi tempat yang sama. kami pun dah bosan and tak tahu nak buat apa dah. bila malam jew..just lepak gerai mamak and borak-borak..walaupun is just the simple thing tapi aku suka sebab masa tu kami akan luah semua cerita,,isi hati,perasaan kami..tu je kami mampu buat bila malam
tak macam pasangan suami isteri isteri yang lain. kakakakakaka!!gatai hang!




u look macho lah!



auw nyah!



whatever happen..
i'm still loving u until today dear..
hoping our dream will become true..
hoping so..
cannot wait for another 2 weeks..
miss u badly sayang..