05 November 2010

sakit bontot sebab mara!

salam guys~~

semalam punya cerita.. tapi buntot masih sakit, semuanya sebab mara punya pasal.. saya kan anak mara.. dari diploma sampai degree.. masih anak mara.. cuma yang bezakan diploma saya ditanggung mara tapi degree pinjaman.. banyak cekadak muka kau semua nak free kan??

macam biasalah sem 1 banyak benda nak kene settle, tranfer credit la pela tapi semalam saya beronggeng dengan abang mat motor yang kacak muka ala-ala hans isacc tu,, wuek! perasan lebih.. beronggeng bersama abangku untuk settlekan loan mara..

dengan helmet ala-ala rider motor GP tu, habis keronyok tudungku, nak bernafas pun susah, yang nampak hanya mata 2 ulas jew.. pastu pakai sweater, tak pakai alamatnya terbang segala benda. hahaha.. dari bukit bintang gerak ke jalan TAR untuk pesuruh jaya sumpah.. dari jalan TAR gerak ke LHDN(lembaga hasil dalam negeri) jalan duta untuk mati setem kemudian dari duta gerak ke gombak. dari kelajuan 10 meningkat ke 30,40,50,and kemudian 100.. ibarat highway tuh kami yang punya..

bila dekat traffic light, semua mat-mat motor jeling-jeling,pandang-pandang, pehal tengok-tengok?? wuekkk...riak pulak disitu, kasi lempang sampai terbur gigi baru tau.. bila atas motor, mengucap entah berapa banyak pun tak tahu, manakan tidak, jantung tertinggal dekat belakang, tapi jasad bermeter-meter dah dekat depan. lori,bas,kereta, motor semua lintas, ibarat mereka tu bawak 10km sejam jew...

dan kesannya masih ada sampai sekarang.. sakit buntot lagi! sebab seat tu keras, motor je mahal tapi seat tak best! tapi untuk hilangkan tensyen mungkin best kot.. korang nak naik tak?? agagagaga~~


ni gambar dulu-dulu
bersama motor itu..

04 November 2010

semuanya bermula dari situ.... :(

hari ni 4 november 2010 genap 2 tahun pemergian bonda mamu, kenangan tu sedih dan kenangan tu jugak yang membuatkan aku mengenali siapa Muhammad hilmi..

saya tahu awak sedih hari ni sayang
tapi awak kene kuat ok!
banyakkan berdoa
and jangan lupa pergi kubur ok!

tapi macam awak kata, dari situlah awak kehilangan seseorang dan dari situ jugaklah Allah kasi seseorang yang lain bukan sebagai pengganti tapi untuk berkongsi apa awak rasa, dan orang itu adalah saya. yela, kita kan serupa, tapi saya lebih awal merasai apa yang awak rasai tu, no word can describe kan?? tapi kita tak mampu nak halang, pasrah,redha and berdoa.

since peristiwa tu, saya sentiasa teman awak even tak selalu pun.. and awak sendiri pun tak sangka yang saya ni sudi nak berkawan dengan awak kan?? tapi bila awak dah tahu kenapa, awak dah paham kenapa saya selalu support awak. kiat ni banyak persamaan.. and no wonder saya boleh fall in love dengan awak.

lastly, nanti ada masa bawak saya pergi kubur mak ok! saya pun nak bawak awak pergi kubur mak jugak tapi tak berkesempatan. jaga ayah elok-elok, and sayang kena,wajib,perlu ingat yang saya always ada untuk awak.

03 November 2010

terasa mahu kahwin sekrang jugak!

19 HADITH MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

~saya suka point no.2~