buku darjah 6 pun still ade,, bagus betul aku kn?
then mase kemas2 buku tadi terjumpa poem yang aku type
mase aku form 2 dulu,, lame kan??
poem tu aku create pada tarikh 20 mei 2003 bersamaan dgn hari ibu,,
sehari sebelum birthday aku, and around 3 bulan after my mom passed away,,
sila la bace,, sory kalau x sedap,, paham2 je la budak form 2 punye hasil keje,,
UNTUKMU IBU
IBU.....
tapi cinta & sayangku padamu tak pernah padam,,
wajahmu,senyummu,tawamu, sentiasa berlegar di ruang mataku,,
IBU.....
pergimu tanpa pesan & pergimu jua tak pernah ku duga,,
terlalu awal kau pergi mengadap ilahi,,
tak sempat ku mendengar suaramu buat kali terakhir,,
hanya wajahmu sempat ku tatap tanpa mendengar sebarang ungkap kata,,
IBU......
tarikh 2 April 2003 hari yang paling bersejarah dalam hidupku,,
ibu yang kuasayangi telah pergi buat selama-lamanya,,
oh Tuhanku,, itukah dugaanmu untukku,,
terlalu untukku hadapinya,,
dan terlalu pahit juga untukku laluinya,,
IBU.....
pagi itu kau sempat mengejutku untuk solat subuh,,
tapi ku enggan bangun,,
kau memukulku & bingkas aku bangun dari lena tidur,,
itulah kali terkahir kau memukulku & itulah kali terkahir kau meleteriku,,
kenangan itu tak akan luput dalam hidupku,,
IBU.....
kini kau tiada disisiku,,
tiada lagi insan yang akan meleteriku,,
tiada lagi insan yang akan menyediakan makan minumku,,
& tiada lagi insan yang akan ku cium sebelum kaki melangkah pergi,,
kini ku berdikari dengan sendiri,,
hanya keluarga disisiku kini,,
ku harap kau tenang disana,,
hanya doa mengiringi,,
IBU.....
syurga di bawah tapak kaki ibu,,,
ku harap kau memaafkan segala dosaku,,
di Hari Ibu ini,,
semua anak-anak bergembira bersama ibu mereka,,,
tapi ku hanya diam membisu,,,
IBU....
aku akan sentiasa menghargai jasa & pengorbananmu,,
hanya doa dapat ku berikan,,,
semoga kau tenang di sana,,
akhir kata dariku,,
Dari Anakmu,
ACU,
ACU,
20 April 2003
thats all for tonite,,
T__T
T__T




