05 November 2010

sakit bontot sebab mara!

salam guys~~

semalam punya cerita.. tapi buntot masih sakit, semuanya sebab mara punya pasal.. saya kan anak mara.. dari diploma sampai degree.. masih anak mara.. cuma yang bezakan diploma saya ditanggung mara tapi degree pinjaman.. banyak cekadak muka kau semua nak free kan??

macam biasalah sem 1 banyak benda nak kene settle, tranfer credit la pela tapi semalam saya beronggeng dengan abang mat motor yang kacak muka ala-ala hans isacc tu,, wuek! perasan lebih.. beronggeng bersama abangku untuk settlekan loan mara..

dengan helmet ala-ala rider motor GP tu, habis keronyok tudungku, nak bernafas pun susah, yang nampak hanya mata 2 ulas jew.. pastu pakai sweater, tak pakai alamatnya terbang segala benda. hahaha.. dari bukit bintang gerak ke jalan TAR untuk pesuruh jaya sumpah.. dari jalan TAR gerak ke LHDN(lembaga hasil dalam negeri) jalan duta untuk mati setem kemudian dari duta gerak ke gombak. dari kelajuan 10 meningkat ke 30,40,50,and kemudian 100.. ibarat highway tuh kami yang punya..

bila dekat traffic light, semua mat-mat motor jeling-jeling,pandang-pandang, pehal tengok-tengok?? wuekkk...riak pulak disitu, kasi lempang sampai terbur gigi baru tau.. bila atas motor, mengucap entah berapa banyak pun tak tahu, manakan tidak, jantung tertinggal dekat belakang, tapi jasad bermeter-meter dah dekat depan. lori,bas,kereta, motor semua lintas, ibarat mereka tu bawak 10km sejam jew...

dan kesannya masih ada sampai sekarang.. sakit buntot lagi! sebab seat tu keras, motor je mahal tapi seat tak best! tapi untuk hilangkan tensyen mungkin best kot.. korang nak naik tak?? agagagaga~~


ni gambar dulu-dulu
bersama motor itu..

04 November 2010

semuanya bermula dari situ.... :(

hari ni 4 november 2010 genap 2 tahun pemergian bonda mamu, kenangan tu sedih dan kenangan tu jugak yang membuatkan aku mengenali siapa Muhammad hilmi..

saya tahu awak sedih hari ni sayang
tapi awak kene kuat ok!
banyakkan berdoa
and jangan lupa pergi kubur ok!

tapi macam awak kata, dari situlah awak kehilangan seseorang dan dari situ jugaklah Allah kasi seseorang yang lain bukan sebagai pengganti tapi untuk berkongsi apa awak rasa, dan orang itu adalah saya. yela, kita kan serupa, tapi saya lebih awal merasai apa yang awak rasai tu, no word can describe kan?? tapi kita tak mampu nak halang, pasrah,redha and berdoa.

since peristiwa tu, saya sentiasa teman awak even tak selalu pun.. and awak sendiri pun tak sangka yang saya ni sudi nak berkawan dengan awak kan?? tapi bila awak dah tahu kenapa, awak dah paham kenapa saya selalu support awak. kiat ni banyak persamaan.. and no wonder saya boleh fall in love dengan awak.

lastly, nanti ada masa bawak saya pergi kubur mak ok! saya pun nak bawak awak pergi kubur mak jugak tapi tak berkesempatan. jaga ayah elok-elok, and sayang kena,wajib,perlu ingat yang saya always ada untuk awak.

03 November 2010

terasa mahu kahwin sekrang jugak!

19 HADITH MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

~saya suka point no.2~

the history kid

salam guys~~~

nak dijadikan cerita, seramai-ramai 11 orang anak buah aku,, ada la salah sorang dari budak-budak nih minat sangat dekat sejarah.. aku pun tak tau apa pasal.. nak kata mak bapak dia cikgu sejarah tak pulak.. mak cikgu english.. bila tengah-tengah borak ada je tanya pasal sejarah.. dah la bengap,, confirm tak boleh jawab.. and budak nih suka sangat and teringin sangat nak pergi muzium. segala bagai muzium yang ada dekat malaysia ni kalau boleh dia nak pergi.. muzium tokoh la, muzium sg.lembing la..

and minggu lepas after majlis konvo aku tu, before abang aku hantar balik hostel dekat bangsar, kami singgah dekat muzium negara. kesian plak budak nih, tapi kami suprise, tak bagi tau pun dia nak pergi, nanti if bagi tau sekali datang tutup muzium tu,, tak ke mampus nak ngadap muncung itik budak tu?? so suprise!! memang dia sangat sangat teruja ok.. aku?? alahai.. bosannya.. layankan jela wehh


national museum


my sis and budak yg suka
sangat pasal sejarah tu.
nor azlin hazrin.


sempat lagi isi ubat ulser


took by anis hazrin


besarnye baby ni kan


ni dekat hostel

lepas dioerang hantar aku balik hostel,berlaku la banjir besar dalam bilik,, nak buat macam mana, air tu tak tahu mana puncanya, nak disekat tak mampu, so redah jelah.. T___T

02 November 2010

3 hari itu

3 hari itu sangat bermakna bagi aku, rasa nak stop masa kejap, rasa nak ulang balik apa yang aku buat 3 hari tu, for you bermakna tak??

3 hari kita sebumbung
3 hari kita always each other
3 hari kita 24 jam bersama
3 hari kita makan sama-sama
3 hari kita gelak sama-sama
3 hari kita berkumpul macam 1 family
3 hari itu..

sebelum kenal awak saya tak pernah rasa happy macam 3 hari tu, happy sangat-sangat sebab awak selalu ada dengan saya and paling best kita celebrate hari kita dapat diploma tu sama-sama.
sorry to said if saya ni nampak kejam, kadnag-kadang saya fikir saya suka bila abah awak tak dapat datang, sebab confirm awak akan tidur rumah abang saya for convocation tu, saya happy bila abang sendiri ajak awak tidur rumah dia, yela buat ape nak membazir kan? saya faham awak berdebar tapi ni je masa untuk awak kenal a whole family saya, ye,, semua family saya ada masa 3 hari tu and awak pun ada, dah rasa macam we re husband and wife !

saya tolong cedokkan nasi untuk awak
yang sangat kuat makan nih even dekat rumah abang saya
almost 3 kali tambah

layan makan minum awak
even time tuh dah lewat malam bila saya tanya
awak jawab nak makan nasi
sebab dinner awak just makan satay!
lapar kan??

kejut awak bangun even awak sangat liat ok!
macam tak sedar plak dekat rumah orang!

suruh awak pergi mandi
err.. ini pun saya kene buat jugak ker?

ironkan baju, seluar, coat, tie and jubah awak
tu tak termasuk baju saya, tudung, baju ayah, baju acik!
penat tau! tapi best sebab awak teman sepanjang waktu tu

layan awak berborak sepanjang waktu
kenapa dekat rumah abang awak banyak cakap ek??
penat saya layan tapi saya suka!

tengok awak dikelilingi anak buah saya yang 11 orang tu
regret! sebab tak snap pic :(
tapi awak layankan jer,,
sebab hobby awak dengan dieorang sama
game!

i love when acik say to my nephews
"jangan main dalam bilik tuh, ayah cu nak tidur"
ayah cu?? i like!

awak yang buatkan assignment saya
sebab nak submit on monday tuh
saya kan bengap bab-bab english nih
u re my teacher dear!

walaupun family awak tak dapat datang
tapi awak masih ada family untuk awak bergambar
and awak masih ada yang nak bagi awak bunga
and mereka adalah anak buah saya yang setia
menunggu kita lepas majlis konvo tu!
my family is ur family!

bila tiba hari ahad, saya dah rasa sayu sangat sebab saya tahu kejap lagi semua tu akan berakhir, dalam hati tuhan je tahu tapi saya tetap tersenyum depan awak. tak nak nangis-nangis depan awak. and for the last time saya tengok muka awak bila saya and family hantar awk dekat LCCT, flight awak pukul 4 pm! maaf sebab tak dapat teman awak, kami pun rush sebab nak bawak kak long pergi muzium. and maaf sebab buat kesilapan besar masa hantar awak tuh! jangan simpan dalam hati yer..for the last, saya akan rindu 3 hari tuh, entah bila dapat together lagi, mybe time konvo degree saya kot! mybe next month or next year kita jumpa lagi ok! always miss u mamu!


budak nih suka sangat main dengan awak!

3 hari itu....

c0nv0cation (part 2)

salam guys~~

lambat lak update for convocation part 2 nih! sory ler korang weyh! busy sikit.. malas nak type panjang-panjang.. janji korang tahu yang aku sekarang dah ada segulung diploma.. walaweh! baru diploma dah kecoh kan?? tapi yang sedihnya maybe for degree nanti pun konvo dekat picc jugak.. tak pelah. janji tempat cantik and orang-orang yang aku sayang ada.. syukran!

majlis ni start around 9 o'clock tapi kami wajib datang around 7.30.. gila awal kan?? and semua berakhir pukul 1 p.m macam tu kot.. so jom layan pic.. biarkan gambar menceritakan detik-detik kegembiraan ni.. auwwwwwwwwww!



me, him and beloved family


with my both special someone


like!


thanks for coming!


1st time tengok mamu pakai smart2 nih!
but only one pic :(


we are pinky on that day!

p/s : wifi too slow,, sebab tu lambat update
T__T