20 February 2011

this time for pavilion, guess and j-c0

salam readers~~

tajuk nak branded je kan?? seperti biasa, hari sabtu orang lain sedang dibuai mimpi, tapi aku terpaksa menggagahkan mata untuk bukak dan pergi ke kelas untuk subject CCNP selama 6 jam.. i repeat 6 jam yer.. 8.30 until 2.30.. tapi selalunya habis before 2.30.. boleh kering otak yer.. nasib praktikal kalau lecture, mahu muntah dengan nota jew.. and seperti biasa juga after kelas terus balik bangsar, hostel aku la tuh.. tapi minggu tu si lola a.k.a lily ajak p jalan-jalan pavilion.. mahu beli gift untuk family katenye.. tak boleh blah kan?? nak shopping dekat Pavi.. tahu-tahu jelah Pavi tu barang die macam mane.. 1 barang bersamaan sebijik kereta..

sampai Pavi around 3 lebih kot.. masuk kedai ni,, keluar kedai tu, kadang-kadang promoter butik tu pun tak nak layan sebab tengok budak macam kami nak beli barang dekat situ. ala.. nak tengok je kot.. bukan nak curi.. ingat sengkek sangat kew?? * memang sengkek pun* penat kot ikut si lily ni shopping, dekat Pavi je sampai pukul 9 malam.. gila lama kan?? tapi nasib baik pulang dengan membeli barang. kalau dengan tangan kosong,, mahu jugak rase nak cekik si lily tu..
tapi tapi tapi sebelum pulang haruslah snap snap snap dulu... Pavi masih meriah dengan tema tahun baru cina..


dengan twin yang tak bertauliah.. cik bai


wan, bai and me


me,bai, lola n wan


sila cakap cantik yer..






cantik kan Pavi malam2.. tapi untuk keluar jalan sorang2 sila
jangan lakukan sebab bahaya..


malu la....

serius cantik bukit bintang ni time malam.. macam-macam gelagat orang kita boleh tengok.. pukul 9 lebih gerak pulang ke pangkal jalan.. pe kene ngena tajuk guess and j-co tu?? itu cerita keesokkannya plak, hanya aku dengan bai jew.. merewang ke time square, mid valley,lot 10, jalan TAR and Pavi lagi.. *baru aku perasan banyak tempat* hanya untuk mencari beg guess yang diidamkan oleh Bai nih,, nasib kau beli weh,, kalau tak aku ketuk kepala kau..

dah lame mengidam nak makan donut j-co,, last makan dengan mamu time dekat penang,, alang-alang di Pavi mencari beg tuh,, kami makan donut j-co,, tapi hanya mampu makan donut jew,, air die tak mampu sebab mahal sangat. hanya makan donut bersama air mineral.. lepas puas merayap-rayap, pulang dengan hati yang ceria sebab duit banyak habis.. itulah pangai cik rohayati yang tak boleh ubah dari dulu sampai sekarang.. sila jangan tiru yer..


time square!

j-c0 bersama air mineral

rase nak sedut lemak dekat pipi :(

19 February 2011

mamu dan cik putih...

salam readers~~

busy memanjang buat blog ni tak berupdate.. tapi tak de orang bace.. no wonder la update ke tak kan?? nak cerita ni,, mamu dah ada cik putih.. siapa cik putih?? gf baru kah?? maybe kot.. cik putih adalah seekor makhluk yang berbulu lebat berwarna putih gebu.. nak tengok tak?? nak tengok tak??


ni la cik putih..

anyway ni hadiah dari aku untuk mamu for our annivesary hari tuh.. boleh baca entry ni.. pelik ke gurl bagi boyfriend die bear?? pelik ke tak aku tak kisah.. tetap nak bagi sebab nak bear ni comel.. and besaq gedabaq.. teringin sangat nak peluk-peluk bear ni sebab aku order bear ni dekat satu laman web tuh, die yang hantar sendiri dekat mamu.. so tak payah susah-susah nak bagi kan??harap mamu suka and peluk tiap-tiap malam.. :)


bear ni lagi besaq dari mamu..


10 February 2011

no more datuk no more nenek....

salam reader~~

kemalasan yang melampau buat blog ni jadi sepi je kan?? tak tau la awat malas sangat sekarang nih! nak lagi bila dapat assignment coding.. sumpah rasa nak maki gila.. sebab tak suka subject nih... berbalik pada tajuk entry tuh.. hurm.. :( dah lama tak rasa perasaaan kehilangan orang yang kita sayang untuk selama-lamanya..

5 feb yang lepas, around 8.30 malam, kami satu family dapat call dari sepupu kiteorang mengatakan nenek baru je meninggal dunia.. terkejut sangat2.. tapi aku redha sebab dia menderita a few months before.. sakit tua.. and aku bersyukur sangat sempat ziarah arwah beberapa hari sebelum arwah meninggal.. kalau tak sempat ziarah mesti rasa terkilan sangat. sebab last ziarah arwah masa raya tahun lepas. aku ada ceritakan dekat entry nih.masa tu arwah memang dah sakit, tapi still boleh bangun and bercakap dengan kami. tapi dia nangis maybe sebab tengok ramai datang jenguk dia. arwah ni adalah mak kepada arwah mak aku..

masa kami ziarah arwah beberapa sebelum arwah meninggal, aku terkejut tengok dia.. yela,, sebelum ni tengok dia masih mampu berjalan, gelak, senyum tapi sekarang dah terbaring, tak mampu nak bercakap, apatah lagi nak bangun and badan arwah sangat kurus. tulang je yang tinggal. aku redha die pergi sebab tak nak dia menderita lagi. kebetulan waktu tu semua adik beradik aku ada. kecuali abang yang sulung.

malam tu bila dapat call kami tak gerak terus ke pekan rumah makcik aku yang jaga nenek tu sebab dah malam. then esok pagi-pagi kami gerak ke maran rumah arwah. sebab arwah akan dikebumikan dekat sana. masa aku sampai dekat situ orang dah ramai, setengah jam lepas tu jenazah pun sampai. bila tenok je jenazah tu, aku terus rasa sebak. dah tak boleh nak tahan. and tanpa dipaksa, aku nangis semahu-mahunya. sedih sangah sedih. aku terbayang apa yang jadi 8 tahun lepas masa arwah mak meninggal. then aku kiss dahi arwah.. sejuk sangat. tak puas rasa nak cium. ramai lagi nak cium arwah. jenazah dikafankan dan terus dikebumikan around 1.30 petang.

5 tahun lepas arwah datuk dah pergi dulu. masa tu aku form 5,, masa tu pun aku nangis semahu-mahunya. 8 tahun lepas arwah mak pun dah pergi sebab sakit stroke. aku dah hilang 3 orang penting dalam hidup aku and family. kita kene ingat kematian ini benar, lepas ni sape lagi yang bakal meninggalkan aku.. atau mungkin diri sendiri.. wallahualam..

aku doakan dieorang ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. dipermudahkan segala urusan. al- fatihah untuk mereka semua.. AMIN...


arwah nenek masa kami ziarah die masa raya dulu