10 February 2011

no more datuk no more nenek....

salam reader~~

kemalasan yang melampau buat blog ni jadi sepi je kan?? tak tau la awat malas sangat sekarang nih! nak lagi bila dapat assignment coding.. sumpah rasa nak maki gila.. sebab tak suka subject nih... berbalik pada tajuk entry tuh.. hurm.. :( dah lama tak rasa perasaaan kehilangan orang yang kita sayang untuk selama-lamanya..

5 feb yang lepas, around 8.30 malam, kami satu family dapat call dari sepupu kiteorang mengatakan nenek baru je meninggal dunia.. terkejut sangat2.. tapi aku redha sebab dia menderita a few months before.. sakit tua.. and aku bersyukur sangat sempat ziarah arwah beberapa hari sebelum arwah meninggal.. kalau tak sempat ziarah mesti rasa terkilan sangat. sebab last ziarah arwah masa raya tahun lepas. aku ada ceritakan dekat entry nih.masa tu arwah memang dah sakit, tapi still boleh bangun and bercakap dengan kami. tapi dia nangis maybe sebab tengok ramai datang jenguk dia. arwah ni adalah mak kepada arwah mak aku..

masa kami ziarah arwah beberapa sebelum arwah meninggal, aku terkejut tengok dia.. yela,, sebelum ni tengok dia masih mampu berjalan, gelak, senyum tapi sekarang dah terbaring, tak mampu nak bercakap, apatah lagi nak bangun and badan arwah sangat kurus. tulang je yang tinggal. aku redha die pergi sebab tak nak dia menderita lagi. kebetulan waktu tu semua adik beradik aku ada. kecuali abang yang sulung.

malam tu bila dapat call kami tak gerak terus ke pekan rumah makcik aku yang jaga nenek tu sebab dah malam. then esok pagi-pagi kami gerak ke maran rumah arwah. sebab arwah akan dikebumikan dekat sana. masa aku sampai dekat situ orang dah ramai, setengah jam lepas tu jenazah pun sampai. bila tenok je jenazah tu, aku terus rasa sebak. dah tak boleh nak tahan. and tanpa dipaksa, aku nangis semahu-mahunya. sedih sangah sedih. aku terbayang apa yang jadi 8 tahun lepas masa arwah mak meninggal. then aku kiss dahi arwah.. sejuk sangat. tak puas rasa nak cium. ramai lagi nak cium arwah. jenazah dikafankan dan terus dikebumikan around 1.30 petang.

5 tahun lepas arwah datuk dah pergi dulu. masa tu aku form 5,, masa tu pun aku nangis semahu-mahunya. 8 tahun lepas arwah mak pun dah pergi sebab sakit stroke. aku dah hilang 3 orang penting dalam hidup aku and family. kita kene ingat kematian ini benar, lepas ni sape lagi yang bakal meninggalkan aku.. atau mungkin diri sendiri.. wallahualam..

aku doakan dieorang ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. dipermudahkan segala urusan. al- fatihah untuk mereka semua.. AMIN...


arwah nenek masa kami ziarah die masa raya dulu

2 comments:

BENA said...

al-fatihah tuk nenek cik atie . jgn sedey2 okeh . takziah .

✿ CikCimi said...

takziah. :)